Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

HSN JaPen – RTM Labuan Meriah

By 8 Oktober 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)/Berita Ehwal Semasa Labuan

LABUAN, 8 Okt (Malaysiaaktif) – Program Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) dan Jabatan Penyiaran Labuan (RTM) tetap meriah walaupun dilaksanakan secara sederhana.

Menurut Penolong Pengarah JaPen Labuan Abd Aziz Mohd Salleh pihaknya bersama RTM Labuan mengambil inisiatif menganjurkan Pertandingan β€˜E-Sport Pro Evolution Soccer (PES)’ dan Perlawanan Futsal Persahabatan bagi sama-sama memeriahkan HSN Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan.

β€œKami merasakan HSN perlu disokong bagi melahirkan masyarakat yang membudayakan sukan sekaligus membentuk penjawat awam yang cergas dan sentiasa aktif, ini juga membantu meningkatkan produkitiviti kerja masing-masing selain merapatkan lagi hubungan antara kedua-dua agensi,” katanya yang ditemui pagi tadi.

Pertandingan β€˜E-Sport PES’ menyaksikan wakil JaPen, Harold Heizry Othman menjadi juara selepas mengetepikan cabaran rakan sekerja iaitu Haziq Ruslain. Manakala dalam Perlawanan Futsal Persahabatan, JaPen tewas tipis 6-7 kepada RTM Labuan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda