Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Pelajar Politeknik Cipta Pro-Filler Bersifat Ergonomik Bantu Industri Kekabu

By 4 Oktober 2022Oktober 12th, 2022Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: A.Prabagaran Assaithampi (Petaling)

SHAH ALAM, 4 Okt (Malaysiaaktif) – Sekumpulan pelajar telah mencipta sebuah mesin dua dalam satu yang mampu mengasing biji kekabu dan mengisi kekabu ke dalam sarung bantal dengan mudah dan cepat.

Menurut Muhammad Amir Irsyaduddin Irawan, 22, mesin yang diberi nama Pro-Filler itu mampu mengurangkan penggunaan tenaga, masa dan kos di samping turut dilengkapi dengan ciri keselamatan dan bersifat ergonomik supaya mudah dikendalikan termasuk oleh orang kurang upaya (OKU) ataupun warga emas.

“Pro-Filler direka khusus bagi memenuhi keperluan, jadi kami berharap mesin ini dapat membantu pengusaha produk kekabu yang kebanyakkannya dari kawasan luar bandar dan warga emas sekali gus membantu meningkatkan ekonomi mereka,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Konvokesyen Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) kali ke-23 yang berlangsung kelmarin.

Muhammad Amir Irsyaduddin bersama rakannya Abdul Rahman Auf Juanda dan Nurul Zakirah Rosli turut menerima Anugerah Projek Pelajar dalam majlis yang diadakan di Dewan Al-Jazari itu.

Mengulas lanjut katanya Pro-Filler yang menggabungkan konsep ‘cyclone’ ke dalam mesin menjadikan proses pengasingan biji lebih efektif dan cepat.

“Melalui kaedah tradisional, masa yang diperlukan bagi memproses kekabu dan menghasilkan lima biji bantal adalah sekitar 45 minit berbanding hanya 12 minit menggunakan Pro-Filler,” jelasnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda