Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Gegau Alor Gajah Sihat

By 16 Oktober 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohamad Amiruddin Adli Ishak (Alor Gajah)

ALOR GAJAH, 16 Okt (Malaysiaaktif) – Karnival Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) yang mendapat sambutan menggalakkan telah diadakan di Dataran Keris, di sini baru-baru ini.

Karnival ini telah diadakan bertujuan memberi pakej sihat sepanjang hayat bagi memanfaatkan rakyat melalui pembudayaan gaya hidup sihat dan kelestarian persekitaran yang menyokong hidup sihat.

“Jelajah ANMS telah dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Alor Gajah di mana mengambil inisiatif bersempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera untuk membudayakan gaya hidup sihat,” ujar Pengawai Kesihatan Daerah Alor Gajah, Dr Nazatul Shima Mokhtar yang turut merasmikan karnival ini.

Pelbagai aktiviti turut diadakan seperti pameran interaktif, saringan kesihatan dan kecergasan, pertandingan gusti lengan serta sukaneka.

-ZS-

Tinggalkan komen anda