
Laporan/foto: Parameswary Lekshmnan/Norfaizah Adnan (Kuala Lumpur)
KUALA LUMPUR, 4 Feb (Malaysiaaktif) – “Saya meluangkan masa bersama keluarga saya, Keluarga Lembah Pantai pada hari lahir ini,” kata Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil,
apabila ditanya apakah aktiviti beliau pada hari ini.
Saya akan terus berkhidmat dan berbakti demi warga Lembah Pantai dan rakyat Malaysia,” katanya lagi ketika berucap merasmikan Program Kesedaran Kesihatan Mental.
Fahmi Fadzil yang juga merupakan Menteri Komunikasi dan Digital meluangkan masa menyantuni warga Lembah Pantai di Program Perumahan Rakyat (PPR) Sri Pantai, pagi tadi.
-ZS-