Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Pelajar Teruja Hadiri Sesi Pengkongsian Ilmu Pertanian

By 8 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Uraidah Zetti Md Arifin (Kemaman)

KEMAMAN, 8 Feb (Malaysiaaktif) – Sesi perkongsian ilmu oleh usahawan dan usahawan tani dalam Seminar Halatuju Pertanian Masa Hadapan peringkat Daerah Kemaman Tahun 2023 menarik minat pelbagai golongan termasuk pelajar-pelajar sekolah.

Menurut Aishah Nur Mohd Saufi, 13, pelajar Sekolah Menangah Kebangsaan (SMK) Mak Lagam, peluang hadir ke seminar tersebut bersama guru dan rakan-rakannya adalah pengalaman yang bermakna kerana sedikit sebanyak dapat menimba ilmu pengetahuan dalam bidang pertanian dan perikanan.

ā€œSesi perkongsian ilmu dan kejayaan usahawan dan usahawan tani dalam sektor pertanian, perikanan dan penternakan sangat menarik perhatian kami.

ā€œPeserta juga berpeluang singgah di gerai-gerai pameran serta membuat pembelian jualan produk-produk pertanian,ā€ katanya.

Program yang diadakan di Dewan Dato’ Seri Amar Diraja, di sini semalam dihadiri lebih 300 peserta.

-ZS-

Tinggalkan komen anda