Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Uniknya Warisan Kampung Cina

By 8 Februari 2023One Comment1 minit bacaan

Laporan/foto: Rusmiza Anuar/Maherah Marina Mahusin (Kuala Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 8 Feb (Malaysiaaktif) – Kelab Mandarin Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Terengganu tidak ketinggalan menerokai warisan Kampung Cina di sini yang dikatakan telah wujud sejak 300 hingga 400 tahun dahulu dan mempunyai nilai sejarah yang unik dan tersendiri.

Menurut Guru Pembimbing Nurul Izzah Muda, 35, ketika ditemui semalam berkata lawatan tersebut bertujuan menerokai sejarah, kebudayaan dan adat resam masyarakat Cina khususnya di negeri ini dengan lebih dekat lagi.

“Diharapkan setiap pelajar menerima keunikan masyarakat lain supaya kita dapat hidup bersama dengan harmoni seterusnya mengukuhkan perpaduan negara dan meningkatkan keyakinan berkomunikasi bersama masyarakat di luar sana,” katanya.

Nur Amirul Danish Omar, 16, antara pelajar yang terlibat meluahkan keterujaannya apabila berkesempatan melawat ke Kampung Cina dan mempelajari tentang adat budaya masyarakat itu.

“Keterujaan ini juga disebabkan nenek saya adalah berketurunan Cina yang membolehkan saya mengenali adat resam nenek moyang saya,” katanya.

-ZS-

One Comment

Tinggalkan komen anda