Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Kedai Atap Rumbia Beri Kelainan kepada Penggemar Kopi

By 9 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah

ARAU, 8 Feb (Malaysiaaktif) – Sebuah kedai yang terletak di Kampung Kubang Gajah kelihatan seperti kedai makanan dan minuman biasa namun dengan konsep yang beratapkan rumbia, ia memberi kelainan dan pilihan kepada pelanggan.

Walaupun kurang setahun memulakan perniagaan Arau Kopi sentiasa menjadi pilihan penggemar kopi daripada pelbagai bangsa.

Menurut pemilik kedai Syed Hamzah Syed Bakar, 63, seorang pesara yang berasal dari Arau berkata, pada asalnya beliau berhasrat untuk membuat inap desa.

“Saya pada mulanya merancang membuat perniagaan inap desa, tapi setelah berbincang dengan anak, saya cuba memulakan perniagaan Arau Kopi. Tidak sangka sambutan yang diterima sangat menggalakkan daripada pengunjung dari dalam dan luar Perlis.

“Kopi di sini sangat istimewa kerana mempunyai rasa yang tersendiri dan lebih enak dinikmati ketika masih panas,” katanya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda