Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Menu Rahmah Murah, Berbaloi

By 9 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Sunday Grace Justimus

Penampang, 9 Feb (Malaysiaaktif) – ‘Dapur Bunda Scobek Pedas Gila’ antara restoran yang menawarkan Menu Rahmah dengan pilihan hidangan pada harga RM4.90 sepinggan.

Pengusaha Dapur Bunda, Siti Zulaiha Abd Mutalib, 31, berkata beliau turut serta menawarkan Menu Rahmah kerana menyahut saranan pihak kerajaan dan mahu membantu golongan yang memerlukan.

“Setiap hari, kami menyediakan pelbagai pilihan menu yang berbeza antaranya nasi putih, ayam masak kari atau ayam masak sos dan sayur atau nasi putih, ikan goreng dengan sambal balado yang menjadi kegilaan ramai berserta air sirap yang boleh diisi semula,” katanya yang ditemui, di sini baru-baru ini.

Seorang pengunjung Noriam Datu Mutalib, 48, berkata secara kebetulan ke restoran itu untuk makan tengah hari tetapi tidak menyedari bahawa hidangan yang dimakannya adalah Menu Rahmah.

“Memang sangat berbaloi dan mengenyangkan kerana ada nasi putih, ayam dan sayur, ini pun sudah cukup lengkap untuk dimakan,” katanya.

Manakala bagi Jumarni Lasamat, 44, berkata mengetahui tentang Menu Rahmah daripada kawan sekerja.

“Tidak sangka dapat makan makanan murah seperti yang diuar-uarkan oleh kerajaan, kira berpuas hati dengan Menu Rahmah yang ditawarkan tambahan lagi harga makanan pun rendah dan berpatutan dengan jenis makanan yang dihidangkan,” kongsi beliau.

-ZS-

Tinggalkan komen anda