Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Pelajar Serlahkan Kreativiti Melalui Inisiatif Hijau

By 10 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rose Rasidi

CAMERON HIGHLANDS, 10 Feb (Malaysiaaktif) – Tiga pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ringlet berjaya menghasilkan pelbagai produk kreatif melalui amalan 3R (Reuse, Reduce, Recycle) iaitu guna semula, mengurangkan pembaziran dan kitar semula barangan terpakai bagi menghasilkan produk yang kreatif untuk kegunaan harian.

Menurut Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum Inspirasi, Anantarajoo Selvarajoo, aktiviti melestarikan alam sekitar dan amalan 3R menjadi tonggak utama di sekolah dan para pelajar didedahkan dengan pelbagai kemahiran dan turut menyertai pelbagai pertandingan.

“Banyak pertandingan telah dimenangi oleh pelajar pada tahun 2022 iaitu Naib Johan Anugerah Pahang Inovatif (kategori sekolah), Anugerah Sekolah Lestari, Hero 3R dan lain-lain lagi yang telah menyinarkan kecemerlangan sekolah,” ujarnya yang juga turut memenangi Kategori Khas Guru Inspirasi 3R.

Tambahnya lagi, pihak sekolah bakal melaksanakan Program Jaringan dan Jalinan iaitu membina lanskap kecil tanaman bunga dengan mengaplikasikan amalan 3R dalam menjayakan inisiatif hijau di Cameron Highlands.

Salah seorang pelajar yang terlibat, Yashwassin Rajasegaran, 12, berkata mereka menghasilkan produk daripada bahan plastik yang sukar diurai, diguna semula dengan menghasilkan peralatan yang dapat digunakan seperti kipas tangan untuk pekebun dan beg kecil pelbagai guna.

-ZS-

Tinggalkan komen anda