Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Petugas Siap Siaga Pantau Mangsa Banjir Segamat

By 2 Mac 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Syed Mohd Adib Syed Hassan (Segamat)

SEGAMAT, 2 Mac (Malaysiaaktif) – Jumlah mangsa banjir di daerah Segamat terus meningkat dengan mencatatkan seramai 7,548 mangsa daripada 2,121 keluarga yang kini berada di 56 pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata, kerajaan pusat dan kerajaan negeri sedia maklum bahawa mental dan fizikal mangsa-mangsa banjir ini terkesan dan isu perpindahkan mangsa yang melibatkan agensi kerajaan adalah tidak dapat dielakkan setiap kali banjir berlaku di mana-mana tempat kerana ianya melibatkan keselamatan mangsa serta petugas di lapangan.

“Mangsa banjir perlukan sokongan, petugas-petugas di bilik gerakan akan sentiasa bersama-sama memberikan sokongan dan motovasi kepada mereka.

“Saya juga berharap agar pihak pejabat daerah dapat mengendalikan pengurusan dan pentadbiran di bilik gerakan supaya maklumat yang diterima selari dengan di PPS.

“Pejabat Penerangan Daerah Segamat turut memainkan peranan penting dengan membuat hebahan mengenai persediaan menghadapi banjir dan menyalurkan maklumat mengenai banjir melalui media massa serta kepada pemimpin komuniti setempat mengenai situasi semasa dan pasca banjir,” katanya ketika lawatan di salah sebuah PPS, di sini semalam.

Dr Zaliha turut meminta petugas supaya menerangkan situasi sebenar kepada mangsa-mangsa banjir yang terputus hubungan, terputus bekalan makanan dan sebagainya supaya mangsa faham keadaan petugas yang sentiasa sedaya upaya untuk membantu mangsa banjir.

Antara agensi yang terlibat dalam Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di Segamat adalah Pejabat Daerah, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Kementerian Kesihatan, Agensi Pertahanan Awam, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat Penerangan Daerah, Pejabat ADUN, Pegawai Zon, Penghulu Mukim, Ketua Kampung serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).

Turut hadir Yang Dipertua Majlis Perbandaran Segamat Yang Mulia Ungku Mohd Tahir Ungku Mohd Zakaria.

-ZS-

Tinggalkan komen anda