
Laporan/foto: Noorsiah Mahmud/Vicky Sylvester Matanjang
SIPITANG, 6 Mac (Malaysiaaktif) – ‘Irau Rayeh Lundayeh’ atau dalam bahasa Melayu Perayaan Lundayeh menjadi medium memperkenal pakaian tradisi pahlawan Lundayeh.
Jeffrey Dawa, 55 bersama beberapa rakan dari Long Pasia meragakan pakaian tersebut sebagai salah satu tarikan utama sambutan itu.
Menurutnya, ia adalah pakaian yang digunakan pahlawan Lundayeh semasa berperang.
“Biasanya saya memakai pakaian ini semasa majlis perayaan, majlis kahwin atau menyambut tetamu sekiranya terdapat pemimpin hadir ke program di kampung kami.
“Ia bermula dari sekadar minat kerana arwah bapa juga merupakan ahli kebudayaan Lundayeh dan kini saya juga mula terlibat aktif sejak lima tahun lalu,” kongsinya.
-ZS-