Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Karnival Kesihatan Tingkat Kesedaran Rakyat

By 6 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Ahmad Suhaimi Mokhtar/Muhaimin Musa

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Malaysiaaktif) – “Kita akan cuba untuk mengumpul dana untuk disalurkan kepada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) serta kegunaan warga Lembah Pantai bagi tujuan perubatan,” ujar Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) Ahmad Fahmi Fazdil ketika merasmikan Program Karnival Kesihatan Lembah Pantai di Pantai Eco Park @ Lembah Pantai, di sini semalam.

“Kalau boleh kita nak buat karnival seperti ini setiap bulan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentingan menjaga kesihatan,” katanya.

Program anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) telah menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti pemeriksaan kencing manis, tekanan darah tinggi, kolestrol, pemeriksaan kanser payudara, klinik berhenti merokok dan demontrasi pemulihan pernafasan dan jantung atau dikenali sebagai kardiopulmonari pernafasan (CPR).

Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan tahap kesihatan masyarakat setempat melalui perkhidmatan saringan kesihatan dan perubatan yang menyeluruh secara percuma sesuai dengan kehendak Kementerian Kesihatan Malaysia.

Dianggarkan seramai 300 orang telah menyertai aktiviti dan ujian saringan kesihatan yang ditawarkan.

Program khatan beramai-ramai kira-kira 29 orang kanak-kanak dari zon PDM Pantai Halt juga diadakan.

Turut hadir Pengarah Pusat Perubatan Universiti Malaya Prof. Dr. Nazirah Hasnan, Ketua Balai Polis Pantai Inspektor Yee Chin Loong dan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Wan Mohd Shahrir Azizi Wan Said.

-ZS-

Tinggalkan komen anda