
Laporan/foto: Hazlinah Samsir/Berry Taimin (Sabah)
TENOM, 12 Mac (Malaysiaaktif) – Aktiviti dalam persatuan merupakan salah satu kunci bagi menyemai tradisi sesebuah kaum dalam kalangan generasi muda.
Demikian menurut Pengerusi Persatuan Murut Binta Beaufort, Kaslian Pungnut, 58, yang hadir bersama lebih 30 orang ahli-ahli persatuan bagi menyertai Pesta Kalimaran kali ke-17 di Pusat Kebudayaan Murut Sabah, di sini.
“Aktiviti seperti ini bukan sahaja mengukuhkan lagi hubungan sesama kami, malah menarik generasi muda untuk turut serta dalam program yang dianjurkan.
“Seperti hari ini, kami datang bukan sahaja untuk menyertai pertandingan paluan gong malah terdapat juga generasi pelapis yang hadir untuk membuat persembahan tarian,” katanya yang ditemui di sini, pada Sabtu.
Beliau percaya, persatuan kebudayaan sesuatu kaum yang aktif mampu mencari generasi pelapis bagi mengelakkan tradisi setiap kaum ‘tak lapuk di hujan, tak lekang di panas’.
-ZS-