Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Perkhidmatan Baikpulih Peti Sejuk dan Mesin Basuh Secara Percuma di Chaah

By 12 Mac 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Syed Mohd Adib Syed Hassan (Segamat)

SEGAMAT, 12 Mac (Malaysiaaktif) – Satu misi bantuan banjir Chaah yang memberikan perkhidmatan membersihkan peti sejuk dan mesin basuh akibat ditenggelami banjir secara percuma telah dijalankan di Taman Indah Chaah dari 10 Mac lalu hingga hari ini.

Penyelaras misi, Mohd Hairul Ihtnin, 38, berkata keadaan yang berlaku di Chaah selepas banjir adalah begitu dahsyat dan beliau bersama 12 kakitangannya berasa terpanggil untuk membantu bagi meringankan beban penduduk Chaah.

“Pada hari pertama misi, sambutannya kurang memberangsangkan kerana kurang promosi dalam kalangan penduduk tempatan tetapi masuk hari kedua, jumlah peralatan peti sejuk dan mesin basuh makin bertambah daripada 30 buah pada hari pertama bertambah ke 200 buah.

“Sasaran mengikut perancangan awal ialah hanya 150 buah sahaja tetapi disebabkan mendapat sambutan yang baik daripada penduduk setempat pihak misi terpaksa menerima disebabkan ingin membantu mangsa banjir di Chaah,” ujarnya.

Bapa kepada empat orang anak itu memaklumkan bahawa misi ke Chaah ini tiada tajaan atau sumbangan daripada mana-mana pihak dan kos penyelenggaran ditanggung sepenuhnya oleh pihaknya.

“Kami juga mengucapkan terima kasih kepada tuan rumah yang banyak membantu kami dengan tidak dikenakan sebarang bayaran bagi menyediakan tempat tinggal, makan minum dan menggunakan air serta elektik bagi kerja-kerja pembersihan,” katanya.

Mohd Fadilah Ahmad, 56, yang merupakan pengikut Hairul Ithnin di media sosial Facebook berasa bersyukur kerana Hairul menyumbang tenaga melakukan sesuatu kepada penduduk Chaah yang ditimpa musibah besar.

Beliau telah menyediakan sebuah rumah miliknya sendiri dan makan minum di tanggung sepenuhnya selama tiga hari bagi melaksanakan misi berkenaan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda