Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

TBS Agih Bantuan Program Back To School Kepada Golongan Asnaf

By 13 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norlia Mili (Sarawak)

KUCHING, 13 Mac (Malaysiaaktif) – Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) mengadakan Majlis Penyerahan Agihan Bantuan dan Program Back To School (BTS) kepada keluarga golongan asnaf yang bertempat di ruang legar bangunan Baitulmal di sini baru-baru ini.

Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak Datuk Abang Mohd. Shibli Abang Mohd Nailie, berkata program ini bertujuan menggalakkan masyarakat saling memberi dan membantu satu sama lain.

“Bantuan ini akan meringankan beban kami sekeluarga untuk pendaftaran persekolahan anak saya serta perbelanjaan untuk menyambut ramadan yang tiba serentak tahun ini,” kata Ana Manterang, 36, ketika ditemui pada majlis anjuran TBS.

Beliau yang juga ibu kepada empat orang anak meluahkan rasa kesyukuran kerana dua orang anaknya yang berumur 16 dan 14 tahun turut menerima bantuan BTS.

-ZS-

Tinggalkan komen anda