
Laporan/foto: Nasrul Abdul Hamid/Sapar Sutir (Rembau)
REMBAU, 17 Mac (Malaysiaaktif) – “Bila dah berumur, kenalah rajin buat pemeriksaan kesihatan”.
Begitulah yang dikatakan oleh Salmah Hamid 74, salah seorang warga emas yang berkunjung ke Program Inovasi Sosial Pemeriksaan Kesihatan bertempat di perkarangan Masjid Kampung Kundur Hilir, di sini semalam.
Sementara itu, seorang lagi warga emas Faridah Adnan 71, berkata dengan penganjuran setempat pemeriksaan kesihatan ini, ianya dapat memudahkan penduduk kampung berhampiran mendapatkan perkhidmatan kesihatan.
“Setelah Ketua Kampung memberitahu kepada penduduk berkaitan program ini, seawal pagi saya sudah berada di perkarangan masjid untuk melakukan pemeriksaan kesihatan,” katanya.
Program anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan dan Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan ini juga menyediakan pemeriksaan telinga dan mata, penjagaan gigi serta pameran berkaitan kesihatan.
Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chembong Datuk Haji Zaifulbahri Hj Idris.
-ZS-