Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

MRT Laluan Putrajaya – Perjalanan Kini Lebih Mudah dan Jimat

By 17 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Norfaizah Adnan/Rahimah Rafiai (Kuala Lumpur)

PUTRAJAYA, 17 Mac (Malaysiaaktif) – Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya sepanjang 57.7km dibuka sepenuhnya mulai pukul 3.00 petang semalam bakal memanfaatkan hampir dua juta penduduk di Lembah Klang.

Ia tidak sekadar meningkatkan kemudahan kepada orang awam tetapi turut memberi penjimatan masa di mana secara menyeluruh perjalanan 36 stesen dari Kawasan Damansara ke Putrajaya Sentral ini mengambil masa selama 84 minit.

“Akhirnya buka juga MRT Laluan Putrajaya sepenuhnya. Ini dapat memudahkan orang ramai khususnya yang tinggal di Kuala Lumpur dan bekerja di Putrajaya.

“Perkhidmatan MRT ini bukan sahaja dapat menjimatkan masa dan menghadap kesesakan jalan raya malah dapat menjimatkan duit minyak,” kata Mohd Shahril Razi, 35, salah seorang penumpang MRT yang ditemui.

Lebih menggembirakan apabila Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat pengumuman perkhidmatan laluan ini secara percuma bermula hari ini sehingga 31 Mac 2023.

Lebih menggembirakan apabila Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat pengumuman MRT laluan Putrajaya ini boleh digunakan secara percuma bermula semalam sehingga 31 Mac ini.

“Dengan adanya MRT Laluan Putrajaya ini, rangkaian MRT kita telah bertambah dan ini juga memberikan nilai tambah kepada pengguna-pengguna My50 kerana pas mereka ini boleh digunakan untuk pergi lebih banyak tempat,” kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

-ZS-

Tinggalkan komen anda