Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Cendawan Tiram Kelabu Jana Pendapatan Lumayan

By 17 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Kartini Abdul Aziz/Siti Nor Farhana (Batang Padang)

TAPAH, 17 Mac (Malaysiaaktif) – Penanaman cendawan tiram kelabu (Pleurotus pulmanious) kini semakin popular berikutan mendapat permintaan tinggi selain mempunyai nilai pulangan ekonomi yang lebih baik.

Pengusaha serta pelopor penanaman cendawan tiram Asnizad Abdul Wahab, 48, mengambil peluang ini apabila melihat potensi yang ada bagi membangunkan perusahaan cendawan tiram kelabu.

“Kos yang diperlukan bagi menyediakan sebiji bongkah semaian yang mengandungi mesilium cendawan adalah rendah dan menguntungkan.

“Hal ini demikian kerana cendawan akan terus bertunas dan membesar pada substrat yang sama dengan hasil tuaian dapat dicapai sehingga lapan kali”, katanya yang mengusahakan penananam cendawan ini di Anta Farm, di sini.

Tambah Asnizad, mereka juga menyediakan perkhidmatan latihan bagi pengusaha yang berminat untuk menceburi bidang penanaman cendawan tiram kelabu.

“Kami terima banyak permintaan untuk mengajar dan memberi latihan terutama daripada golongan Orang Asli tempatan,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda