Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Usahawan Perlu Rebut Peluang Sesi Padanan Perniagaan FAMA di SiFEX 2023

By 17 Mac 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Eviannie Kin

KOTA KINABALU, 17 Mac (Malaysiaaktif) – Usahawan agromakanan perlu merebut peluang sesi padanan perniagaan yang dijalankan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) sempena Ekspo Makanan Antarabangsa Sabah (SiFEX 2023) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

Menurut Penolong Pengarah Kanan, Galakan Pasaran Luar Negara FAMA, Muhammad Nor Abdul Manan, jika ada usahawan khususnya di Sabah merasakan produk mereka ada peluang tembus pasaran luar negara, dialu-alukan untuk hadir sesi padanan perniagaan di Pavilion FAMA, SiFEX 2023 yang bermula hari ini sehingga tengah hari esok (Sabtu).

Jelas beliau, menerusi sesi tersebut, FAMA akan memberi khidmat nasihat mengenai peluang meneroka pasaran luar negara disamping idea penambahbaikan agar produk usahawan tempatan dapat berdaya maju di peringkat antarabangsa.

“Fokus FAMA adalah untuk memperluaskan pasaran produk usahawan kita sama ada di peringkat tempatan ataupun antarabangsa

“Untuk produk usahawan kita menembusi pasaran luar negara, mereka perlu mematuhi syarat-syarat tertentu antaranya dari aspek pembungkusan, pensijilan dan kesesuaian produk mengikut trend pengguna di luar negara.

“Oleh itu dari sesi langsung itu, kita harap usahawan ambil maklumat tersebut untuk menambah baik produk mereka supaya produk lebih berdaya maju dan boleh dieksport ke luar negara,” katanya ketika ditemui di sini, pada petang Jumaat.

Katanya, sempena SiFEX 2023 ini, FAMA membawa agen pemasaran dari Hong Kong dan China untuk membuat saringan produk bagi menilai jenis produk tempatan yang sesuai untuk dipasarkan ke dua negara tersebut.

Kongsi beliau, produk Sabah iaitu snek amplang dan kerepek pisang antara produk ada potensi tinggi untuk dipasarkan ke peringkat antarabangsa.

-ZS-

Tinggalkan komen anda