Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Masak Bubur Lambuk Eratkan Komuniti

By 12 April 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Feroz Othaman (Melaka Tengah)

MELAKA, 12 Apr (Malaysiaaktif) – Sebanyak 1,000 pek bubur lambuk diedarkan kepada orang ramai sempena Jom Masak Bubur Lambuk bersama Penduduk Taman Gadong Bahagia, di sini baru-baru ini.

Perasmian Program Jom Masak Bubur Lambuk telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Melaka, Seah Shoo Shin.

Menurut Seah Shoo Shin, sebanyak lima periuk bubur lambuk dimasak secara gotong-royong oleh komuniti setempat dan diagihkan kepada masyarakat di sini.

“Terima kasih kepada semua pihak terlibat terutama penduduk Taman Gadong Bahagia di atas pengajuran aktiviti kemasyarakatan dalam menghimpunkan pelbagai kaum dan bangsa,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda