
Laporan/foto: Zayana Isa (Pahang)
KUANTAN, 13 Apr (Malaysiaaktif) – Lebih kurang seminggu sahaja lagi umat Islam akan menyambut ketibaan Syawal tahun ini.
Tinjauan di salah sebuah pasar raya di bandar ini kebanyakan pengunjung yang datang mencari persiapan sama ada baju raya atau pun hiasan pelita dan ketupat.
Fuad Muhammad, 34, ketika ditemui membeli-belah persiapan Aidilfitri bersama isterinya berkata, beliau memilih Pasar Raya Mydin kerana harganya yang berpatutan dan banyak pilihan.
“Pada tahun ini saya memperuntukkan RM1,000 bagi persiapan menyambut Syawal untuk keluarga saya dan saya lihat di sini banyak pilihan pakaian,” katanya.
Beliau yang mempunyai tiga orang anak memperuntukkan RM100 seorang untuk baju raya setiap seorang termasuklah isterinya.
“Selain baju raya, persiapan yang lain seperti kuih raya dan lain-lain juga seperti tahun-tahun sebelumnya,” katanya yang akan pulang ke kampung halaman di Terengganu pada hari raya nanti.
-ZS-