Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Kariah Mengkuang Titi Bersyukur Terima Pembangunan Masjid Baharu

By 15 April 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nor Haliza Ridzuan/Nazlia Naim (Seberang Perai Tengah)

PERMATANG PAUH, 15 Apr (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyempurnakan Majlis Peluncuran Pembangunan Masjid Mengkuang Titi, di sini semalam.

Lebih 2,000 orang penduduk dari Kampung Mengkuang Titi, Taman Malwira, Taman Mengkuang Indah dan Taman Akasia akan menerima manfaat daripada pembinaan masjid ini.

Pada masa ini penduduk sekitar mendirikan solat Jumaat di Surau Taman Malwira dan hanya mampu menampung kapasiti jemaah seramai 300 orang setiap kali solat. Keadaan ini memaksa anak kariah menunaikan solat Jumaat dan solat-solat lain di masjid-masjid luar kariah untuk mengelakkan kesesakan.

Menurut seorang penduduk Yusoff Mansor, 45, dengan terbinanya bangunan masjid dua tingkat ini ia mampu menampung keperluan kariah di sini.

“Syukur, akhirnya kariah di sini mempunyai masjid sendiri yang dijangka mampu menampung kira-kira 1,500 orang jemaah pada satu masa.

Kos keseluruhan pembinaan masjid ini sebanyak RM9 juta iaitu peruntukan daripada kerajaan Persekutuan berjumlah RM5.4 juta dan RM1.1 juta daripada kerajaan Negeri manakala baki RM2.5 juta lagi adalah hasil sumbangan daripada pihak pengurusan masjid.

-ZS-

Tinggalkan komen anda