Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Tunku Mahkota Johor Rasmi Masjid Kampung Mahmoodiah

By 15 April 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal/Jabatan Agama Islam Negeri Johor

JOHOR BAHRU, 15 Apr (Malaysiaaktif) – DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor telah berkenan berangkat ke majlis perasmian pembukaan masjid baru di Kampung Mahmoodiah, di sini semalam.

Turut mengiringi keberangkatan baginda adalah Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, YAM Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim dan Kerabat Diraja Johor.

Baginda turut berbuka puasa dan menunaikan solat maghrib di Masjid Kampung Mahmoodiah bersama para jemaah yang hadir.

Syamsul, 45, salah seorang jemaah yang hadir berkata beliau berasa bersyukur kerana masjid yang dahulunya surau ini dibina pada tahun 1926 dan kini telah di naik taraf kepada sebuah masjid.

“Selepas ini, masjid ini akan menjadi mercu tanda untuk Kampung Mahmoodiah dan saya memohon kepada penduduk yang berdekatan untuk sama-sama mengimarahkan Masjid Kampung Mahmoodiah ini,” katanya.

Hari ini juga secara rasminya Masjid Kampung Mahmoodiah telah memulakan solat Jumaat dengan disusuli solat fardhu lima waktu setiap hari dan solat tarawih.

Turut hadir, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, Setiausaha Kerajaan Johor Datuk Dr Haji Azmi Rohani, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Mohd Fared Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Datuk Jafni Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor Hairi Md Shah, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor Tuan Haji Jamaluddin A. Hamid.

-ZS-

Tinggalkan komen anda