Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Haruman Menyengat Pekasam Tarik Pengunjung Bazar

By 17 April 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurlaila Abdul Azid/Mohammad Ezwandi (Ipoh)

IPOH, 17 Apr (Malaysiaaktif) – Bau semerbak haruman pekasam yang digoreng pastinya dapat dihidu oleh orang ramai yang berkunjung ke bazar Ramadan Medan Gopeng, di sini.

Bagi masyarakat Melayu khususnya penggemar pekasam, juadah ini menjadi pembuka selera untuk dimakan ketika sahur atau berbuka.

Menurut peniaga Yang Zaharah Ahmad Mazlan, 46, perniagaan pekasam yang menjadi punca pendapatan keluarganya sejak 44 tahun lalu akan tetap diteruskan selagi ia mendapat permintaan daripada pelanggan.

“Tahun ini masuk tahun ke-22 kami berniaga di bazar ini.

“Walaupun perlu berulang alik dari Lenggong ke Ipoh setiap hari, saya tetap akan meneruskan legasi Kiah Pekasam ini,” ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

“Selain pekasam ikan, hidangan lain seperti pekasam daging, pais goreng, ikan loma goreng dan telur ikan loma turut disajikan kepada pelanggan, tambahnya.

Seorang pengunjung yang hanya mahu dikenali sebagai Hamizah, 50, menyatakan setiap tahun dia pasti akan datang ke bazar tersebut untuk mendapatkan bekalan pekasam.

“Selain pekasam, telur ikan loma dan pais goreng juga menjadi kegemaran keluarga saya,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda