Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

BSBCC Melindungi Beruang Madu Borneo

By 17 Mei 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Nizwan Mohd Daini (Sabah)

SANDAKAN, 17 Mei (Malaysiaaktif) – Pusat Konservasi Beruang Madu Borneo (BSBCC) bertanggungjawab dalam penjagaan kebajikan haiwan, pemuliharaan dan kempen kesedaran berkaitan dengan beruang madu yang merupakan spesies hidupan liar terancam.

Menurut Pengasas BSBCC Dr Wong Siew Te, BSBCC adalah hasil kerjasama dengan Jabatan Perhutanan Sabah, Jabatan Hidupan Liar dan Land Empowerment Animals People (LEAP) yang ditubuhkan bagi mendedahkan serta berkongsi kepentingan beruang madu ini dilindungi.

“Melalui pusat konservasi ini, kita dapat menyelamatkan haiwan ini yang dahulunya pernah dimiliki secara haram oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

“Beruang yang diselamatkan diberi kehidupan baru serta diajar hidup berdikari sebelum dilepaskan semula ke dalam hutan jika mencapai peringkat pemulihan.

“Kita juga banyak melakukan penyelidikan mengenai habitat ini melalui pendidikan iaitu dengan memberi kesedaran kepada orang awam ataupun pelajar mengenai kewujudan beruang yang ada pada masa kini perlu dijaga agar tidak pupus,” katanya ketika ditemui di Program International Sun Bear Day, pada Selasa.

“Dalam pada itu, BSBCC mendapat sambutan yang menggalakkan, ramai pengunjung yang datang dan ini secara tidak langsung dapat membantu menjana pembiayaan dalam penjagaan habitat di sini.

“Saya berharap orang ramai dapat membantu usaha pemuliharaan ini untuk menjayakan kerja-kerja konservasi beruang yang semakin terancam,” kongsinya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda