
Alor Setar, 16 Mac – Cuaca panas yang sedang melanda negara memberikan kesan kepada segenap lapisan masyarakat. Jika sebelum ini kita mendengar pelbagai rungutan daripada pelbagai pihak antaranya penanam getah, penternak ikan dan lain-lain, lain pula halnya dengan seorang pengunting rambut di Alor Setar.
Tamil Arasu 54, pengunting rambut yang sangat terkenal di bandar Alor Setar mengatakan, sejak cuaca panas melanda, pelanggan beliau yang biasanya mengunting rambut, memilih untuk bertukar menjadi botak dengan mencukur rambut.
Menurut beliau, setiap hari antara 10 hingga 20 orang pelanggan datang untuk mencukur rambut kerana rimas dengan cuaca panas. Arasu mengenakan bayaran sebanyak RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak bagi mencukur rambut.