Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

PM Lawat Pusat Penjaja Madani Jalan TAR

By 15 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Parameswary Lekshmnan/Norfaizah Adnan (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa melawat Pusat Penjaja Madani Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) yang kini berwajah baharu di Chow Kit, di sini hari ini.

Menurut Anwar, inisiatif Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu bertujuan memperindah serta memberi keselesaan kepada peniaga untuk mencari rezeki di samping menjadi tarikan pengunjung.

Di bawah inisiatif yang sama, sebanyak 68 pusat penjaja milik DBKL di sekitar Kuala Lumpur sedang melaksanakan penyelenggaraan.

Beliau turut menegaskan lesen perniagaan penjaja yang disalah guna dan diberikan kepada warga asing akan dikenakan tindakan dan ditarik semula.

Pada masa yang sama, Anwar turut menyantuni penjaja-penjaja di sana.

Turut hadir Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Senator Saraswathy Kandasami, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan Datuk Seri Hjh Rosida Jaafar dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Kamarulzaman Mat Salleh.

-ZS-

Tinggalkan komen anda