Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Pesta Duanwu Dikategori Subsektor Pelancongan Sukan di Negeri Melaka

By 19 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Fandy Azam (Melaka Tengah)

MELAKA, 19 Jun (Malaysiaaktif) – Perarakan dan perlumbaan Perahu Naga sempena Pesta Duanwu merupakan satu perayaan traditional kaum Cina antara dikategorikan sebagai subsektor Pelancongan Sukan di Negeri Melaka.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Negeri Melaka Abdul Razak Abdul Rahman yang mewakili Ketua Menteri Melaka, subsektor berasaskan sukan adalah penting dalam mengekalkan warisan sukan tradisi supaya dapat dinikmati oleh generasi akan datang.

“Perarakan Perahu Naga Melaka 2023 ini akan disertai oleh semua peringkat umur yang diadakan pada 2 Julai ini di River Information Centre (RIC) Pengkalan Rama.

“Diharapkan penganjuran ini dapat diteruskan akan terus diadakan sebagai acara tahunan dalam usaha menggamit pelancong dan meningkatkan ekonomi pelancongan Negeri Melaka,” katanya dalam ucapan perasmian Majlis Perarakan Perahu Naga Melaka sempena Pesta Duanwu 2023 bertempat di Dataran Persahabatan Malaysia-China, di sini semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda