
Oleh Norlida Abdullah/Mohd Suhaidi Mat Jusoh/Yuslina Ibrahim (Pasir Mas)
PASIR MAS, 19 Mac (Malaysiaaktif) — Pendekataan yang diambil oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan menempatkan kaunter bergerak 1JPJ di hadapan Pasaraya Pantai Timur di sini kelmarin memudahkan penduduk kawasan ini.
Kaunter yang dibuka dari pukul 8.00 pagi hingga 3.00 petang ini menawarkan pelbagai perkhidmatan, termasuk bayaran saman baharu, memperbaharui lesen kenderaan dan menyemak status saman.
Kaunter 1JPJ dikendalikan oleh seramai empat anggota JPJ dari Pejabat JPJ Panji, Kota Bharu.
Inisiatif mengadakan kaunter bergerak 1JPJ yang bertujuan memudahkan orang ramai dilaksanakan sejak 201.
Semalam JPJ membuka kaunter yang sama di Machang, dan seterusnya ke daerah-daerah lain di negeri Kelantan.