Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Maal Hijrah Bukan Sekadar Menyambut Tahun Baru

By 20 Julai 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ashikin Mustafa/Nurulaini Mohd Kasran

KOTA TINGGI, 20 Jul (Malaysiaaktif) – Pejabat Kadi Daerah Kota Tinggi telah menganjurkan Sambutan Maal Hijrah 1445H peringkat daerah Kota Tinggi yang bertemakan Perpaduan Teras Maju Johor bertempat di perkarangan Masjid Bandar Tenggara, di sini kelmarin.

Pegawai Daerah Kota Tinggi, Datin Paduka Hajah Hazlina Jalil dalam perutusan Maal Hijrahnya berkata, sambutan Maal Hijrah bukan sekadar menyambut tahun baru hijriah, tetapi ia memberi makna yang lebih jauh daripada itu.

“Sambutan ini tidak sewajarnya dilihat sebagai suatu tradisi yang diadakan saban tahun tanpa diiringi oleh kesedaran yang mendalam terhadap perjuangan umat Islam di dunia ini.”

“Maka marilah kita gunakan kesempatan ini untuk menoleh sejenak ke belakang membuat penilaian sejujurnya sejauh mana kita dapat melaksanakan tanggungjawab kita dan amal bakti kita untuk agama, bangsa dan negara,” ujarnya.

Sambutan kali ini telah menganugerahkan empat orang penerima sebagai Tokoh Maal Hijrah Daerah Kota Tinggi 1445H iaitu Haji Mhmad Tahar Haji Timok (Bidang Kemasyarakatan), Hairizan Tukirin (Belia), Kasim Ibrahim (Orang Asli) dan Nurul Lucy Abdullah (Saudara Baru).

Turut hadir Yang Dipertua Majlis Daerah Kota Tinggi Muhammad Nazrul Abdul Rahim, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pengerang Hajah Zihan Ismail, Kadi Daerah Kota Tinggi Haji Mohd Zaini Mohd Salleh, ketua-ketua jabatan dan penduduk setempat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda