Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Maal Hijrah ke Arah Pembangunan Umat Islam Menuju Kemajuan

By 20 Julai 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd.Yusof Hj. Abd.Samad

TANGKAK, 20 Jul (Malaysiaaktif) – Seramai 500 orang yang terdiri dari penduduk Islam tempatan hadir ke Program Sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah Tangkak 2023 bersamaan 1445 Hijrah di Masjid Bandar Tangkak, kelmarin.

Pegawai Daerah Tangkak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah Tangkak 1445 Hijrah Tuan Azman Mohamad Shah, berkata tanpa kesedaran dan usaha gigih, umat Islam akan terus mundur dan akhirnya sukar mencapai kemajuan hidup.

“Nabi Muhammad SAW adalah contoh terbaik sebagai ketua negara yang bukan sahaja mampu meningkatkan pembangunan umat Islam malah mampu memupuk perpaduan antara kaum,” katanya.

-ZS

Tinggalkan komen anda