
Laporan/foto: Irina Abd Samad/Rahimah Rafiai
KUALA LUMPUR, 23 Jul (Malaysiaaktif) – Sebanyak 1,878 Komuniti MADANI akan ditubuhkan diseluruh negara. Daripada jumlah itu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, sebanyak 72 Komuniti MADANI melibatkan 12 kawasan Parlimen telah ditubuhkan.
Berucap merasmikan pelantikanWatikah Komuniti MADANI di Pantai Eco Park Community Centre Kampung Pasir, di sini semalam Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, berkata badan sukarelawan ini merupakan satu platform tepat untuk menyalurkan informasi terkini dan sahih mengenai dasar-dasar kerajaan kepada rakyat secara berterusan.
“Badan sukarelawan ini juga menjadi platform untuk menjawab dan menangkis sebarang isu, fitnah dan berita palsu yang semakin menular bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.
“Iai juga bertindak sebagai rakan strategik Jabatan Penerangan (JaPen) dalam menyebarluaskan maklumat dan mesej untuk memastikan maklumat yang disampaikan adalah sahih, telus dan bermanfaat,” katanya.
Turut hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Ketua Pengarah JaPen Datuk Mohd Sukari Ab Hamid dan Pengarah Bahagian Komunikasi dan Perkhidmatan Masyarakat JaPen Erwin Khairul Ahmad.
-ZS-