Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

‘Push Bike’ Beri Pendedahan Awal, Asah Keyakinan Kanak-kanak

By 30 Julai 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Nizwan Mohd Daini (Sabah)

KENINGAU, 30 Jul (Malaysiaaktif) – Pertandingan ‘Push Bike’ memberi pendedahan awal dan mengasah keyakinan golongan kanak-kanak dengan kemahiran yang mereka baru pelajari.

Menurut Pengerusi Gabungan Persatuan Belia Pedalaman Atas, Mohd Sidiq Musa, 39, program seperti ini sesuai untuk kanak-kanak sebelum mereka melangkah dewasa mengayuh basikal yang besar.

“Pertandingan ini mempunyai dua kategori iaitu tahap satu berumur 4 sehingga 7 tahun manakala tahap dua berumur 8 sehingga 12 tahun.

“Saya berharap program seperti ini dapat dijadikan pertandingan di peringkat sekolah bagi pendedahan awal kepada kanak-kanak kecil,” ujar beliau ketika ditemui media, di sini pada Sabtu.

Salah seorang bapa peserta, Mohd Syaiful Ardie, 46, berkata program ini memupuk semangat terhadap anak-anak kita untuk mencapai kejayaan dalam pertandingan.

“Saya berharap agar program seperti ini mendapat tempat dan diteruskan pada masa akan datang,” katanya.

Untuk rekod, jumlah keseluruhan peserta bagi kesemua kategori yang berentap seramai 79 orang.

-ZS-

Tinggalkan komen anda