Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Melaka Komited Mengekalkan Kelestarian Sumber Air

By 10 Ogos 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Azran Abdul Malek (Alor Gajah)

MACHAP JAYA, 10 Ogos (Malaysiaaktif) – Kerajaan Negeri Melaka sangat komited untuk mengekalkan kelestarian sumber air dari segi kuantiti mahupun kualiti.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Negeri Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer spesies pokok hutan yang ditanam hari ini (Selasa) adalah Merawan Siput Jantan, Kasau, Keruing Neram, Perah, Kapur dan Kelada.

“Bagi pihak Kerajaan Negeri Melaka saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Airbnb Community Fund di atas tajaan yang diberikan.

“Kita mengalu-alukan penglibatan lebih ramai agensi swasta dan pertubuhan bukan kerajaan dalam membantu untuk bersama menghijaukan kembali kawasan empangan,” katanya semasa merasmikan Program Penanaman Pokok Hutan Fasa 2, Restorasi Empangan Durian Tunggal di Empangan Durian Tunggal, di sini kelmarin.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Zahari Abd Kalil.

-ZS-

Tinggalkan komen anda