Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Kibarkan Jalur Gemilang Demi Cintakan Negara – Fahmi Fadzil

By 19 Ogos 2023September 5th, 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rahimah Rafiai/Norfaizah Adnan (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Malaysiaaktif) – Orang ramai diseru agar terus mengibarkan Jalur Gemilang demi semangat cintakan negara.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata demikian ketika merasmikan Program Wangsa Maju Kita Punya, di Tasik Danau Kota, di sini hari ini.

Menurut Fahmi Fadzil program seperti ini sememangnya harus dilakukan demi semangat perpaduan di Bulan Kemerdekaan ini.

“’Frasa Wangsa Maju Kita Punya’ merupakan slogan yang tepat dalam memastikan tanggungjawab ke arah permodenan dan kemajuan Parlimen Wangsa Maju .

“Frasa ini tidak boleh dianggap sebagai simbol retorik tetapi sebagai warga Wangsa Maju sifat toleransi perpaduan kaum dan sifat ambil berat terhadap tanah air wajib diterjemahkan melalui sikap yang amat positif.” katanya.

Program bersempena Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia turut nebgadakan aktiviti senamrobik, sembang santai dan pelepasa konvoi kenderaan bermotor.

Turut hadir Ahli Parlimen Wangsa Maju Zahir Hassan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda