Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Simulasi Bencana PPS Tingkatkan Persediaan Tugasan Menyelamat

By 19 Ogos 2023September 6th, 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 19 Ogos (Malaysiaaktif) – Latih Amal dan Simulasi Bencana Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mampu meningkatkan persediaan agensi penyelamat dan bantuan bencana.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Labuan, Rithuan Mohd Ismail simulasi bencana memastikan persediaan rapi kepada semua kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta agensi-agensi terlibat supaya dapat melaksanakan tugas dengan lebih cekap, bersepadu dan berkesan di PPS.

“Setiap petugas bukan sahaja memerlukan persediaan dari segi fizikal, malah mereka juga perlu melakukan persediaan dari segi mental dan emosi, tugasan ini merupakan satu tugasan yang mulia.

“Tugasan itu turut memberi kesan ke atas psikologi mereka yang terlibat kerana turut berhadapan dengan situasi yang sukar, mengancam nyawa serta menyaksikan penderitaan yang dialami oleh mangsa atau keluarga mangsa,” katanya semasa merasmikan Majlis Penutup Programlatihamal Dan Simulasi Bencana Pusat Pemindahansementara (PPS) Bagi Tahun 2023 anjuran JKM Labuan, di sini pagi tadi.

Jelasnya lagi, program itu disertai seramai 120 orang peserta terdiri daripada warga kerja JKM Labuan, Sukarelawan Kebajikan JKM, Penduduk Kampung Sungai Bedaun, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Majlis Perwakilan Penduduk (MPP).

“Pelbagai slot pengisian telah disediakan iaitu ‘live feet’ berkaitan pengurusan PPS, taklimat peranan agensi kerajaan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan di PPS serta peranan yang perlu diberikan oleh sukarelawan JKM untuk sama-sama membantu menguruskan mangsa di PPS,” katanya.

Turut hadir Pengarah JKM Labuan Ansharey Matarsad dan Pengerusi Majlis Perwakilan Pendudukan Sub Zon 3 Banjamin Talah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda