Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Sambutan Hari Sukan Negara 2023 Peringkat Daerah Seberang Perai Tengah Meriah

By 16 Oktober 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: S.Shanmuganathan/Nor Haliza Ridzuan (Seberang Perai Tengah)

PERMATANG PAUH, 16 Okt (Malaysiaaktif) – Kira-kira 2,000 orang telah menyertai Sambutan Hari Sukan 2023 Peringkat Daerah Seberang Perai Tengah di Padang Politeknik Seberang Perai, di sini Sabtu lalu.

Program yang telah bermula sejak awal pagi dimeriahkan dengan kehadiran pelbagai golongan termasuk agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pelajar dan masyarakat tempatan.

Pelbagai aktiviti diadakan yang merangkumi peringkat umur, termasuk acara khas untuk golongan kurang upaya (OKU). Antara aktiviti yang diadakan adalah larian ceria sejauh 5.5 kilometer, konvoi kapcai (motosikal berkuasa rendah) yang disertai oleh 50 buah motosikal, pertandingan memanah, sesi senamrobik dan pelbagai aktiviti yang menarik sepanjang program berlangsung.

Seorang suri rumah Syahifah Bibi, 33, berkata melalui aktiviti bersukan kita dapat membudayakan amalan gaya hidup cergas dan aktif.

Ketua Penolong Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah  Sharliza Wahab mewakili Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah dalam ucapannya, berkata sukan adalah salah satu platform yang dapat menggabungkan semua masyarakat tanpa mengira bangsa, agama atau latar belakang.

“Hari Sukan Negara (HSN) adalah peluang terbaik untuk kita semua bersatu, merayakan semangat persaudaraan melalui aktiviti fizikal yang menyeronokkan.

Selain itu, HSN juga merupakan salah satu agenda kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Sukan” ujarnya.

Turut hadir Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Tengah Mohammed Farid Razali, Timbalan Pengarah Akademik Politeknik Seberang Perai Ts. Dr. Zulhadi Zakaria, dan Pegawai Penerangan Daerah Seberang Perai Tengah Nazlia Naim.

-ZS-

Tinggalkan komen anda