Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Belanjawan 2024: Pelan Pulihkan Ekonomi – Amirudin

By 22 Oktober 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 22 Okt (Malaysiaaktif) – Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menyifatkan banyak perkara baharu yang dipertingkatkan dalam Belanjawan 2024 yang dibentangkan Perdana Menteri pada 13 Oktober lalu.

Katanya, perkara tersebut termasuk memperkemaskan program dan struktur sekolah, rumah ibadat dan kampung-kampung.

“Buat pertama kali dalam sejarah, ada peruntukan khas untuk kampung-kampung.

“Peruntukan RM100,000 kepada setiap kampung daripada Kementerian Desa dan Wilayah yang akan diselaraskan oleh pihak kerajaan negeri,” katanya.

Amirudin yang juga Ahli Parlimen Gombak menjelaskan kerajaan sedang merangka dan merencana memulihkan ekonomi negara.

“Peperangan yang berlaku di banyak tempat telah memberi kesan secara tidak langsung kepada kedudukan kita, mata wang yang kelihatan melemah berbanding dolar.

“Tetapi jika dibandingkan dengan mata wang Eropah dan China ianya sama atau bertambah kuat,” jelasnya.

Mengenai belanjawan Selangor pula, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua itu memaklumkan beliau akan bentangkan pada bulan hadapan.

“Ketika ini kita sedang menyiapkan belanjawan negeri Selangor yang akan dibentangkan pada 10 November ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian Sambutan Maulidur Rasul di Kampung Sungai Tua Baharu, di sini semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda