
Laporan/foto: Ismael Idris (Jasin)
MELAKA, 31 Okt (Malaysiaaktif) – Seramai 1,000 orang masyarakat India daripada tiga daerah di negeri Melaka iaitu Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin menerima sumbangan sempena perayaan Deepavali yang akan disambut pada 12 November nanti.
Menurut Ketua Menteri Melaka Ab Rauf Yusoh sejak dahulu lagi kerajaan negeri tidak pernah meminggirkan mana-mana kaum untuk diberikan bantuan dan sumbangan yang bersesuaian terutama kepada golongan yang memerlukan.
“Justeru, setiap kali tiba musim perayaan utama, kita tidak pernah lupa menghulurkan sumbangan khususnya kepada golongan rakyat yang kurang bernasib baik sebagai salah satu usaha untuk membantu meringankan beban, sekali gus menceriakan sambutan perayaan kepada mereka.
“Saya sentiasa mendengar keluh kesah, denyut nadi rakyat dan prihatin dengan segala aduan serta masalah yang membelenggu mereka, termasuk anak yatim, warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU), ibu tunggal dan golongan yang kurang berkemampuan,” ujarnya.
-ZS-