Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Baik atau Buruk Keluarga Tetap Darah Daging

By 31 Oktober 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Anuar Che Amat

KANGAR, 31 Okt (Malaysiaaktif) – Setiap tahun negara akan mengadakan Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan dengan pelbagai program kekeluargaan.

Pada tahun ini sambutan di Peringkat Kebangsaan akan diadakan pada 4 November di Dataran Putrajaya, Putrajaya bertemakan ‘Keluarga Harmoni Negara Madani’.

Menurut Nurfazilah Mohd Sukri, 38, keluarga sangat penting dan buruk atau baik adik-beradik, mereka dan anak-anak tetap merupakan ahli keluarganya.

“Bagi saya sebagai ahli keluarga kita perlu membimbing mereka ke arah jalan yang betul, bukan membuang mereka dan membiarkna terus tersesat atau terasing.

“Hubungan kekeluargaan adalah ikatan yang terpateri dengan darah atau tautan hati,” katanya.

Katanya lagi, setiap anggota keluarga perlu banyak memahami cabaran kehidupan pada zaman moden ini terutama bagi anak-anak remaja yang perlu sentiasa dibimbing dan dipantau.

-ZS-

Tinggalkan komen anda