
Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah
KANGAR, 12 Nov (Malaysiaaktif) – Deretan kedai di atas puncak View Point Wang Kelian dekat sini senmakin meriah dengan kehadiran pelancong menjelang hujung ninggu dan hari kelepasan am.
Menurut Salahuddin Jaafar, View Point Wang Kelian yang kini menjadi tumpuan semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0, menjadikan gerainya bersama deretan gerai yang lain dihujani pengunjung dari awal pagi sehingga hampir senja.
“Bagi sesi pagi, saya menjual nasi lemak dan juga minuman panas atau sejuk”.
“Tetapi selepas pukul 10.00 pagi, saya menjual menu makanan seperti laksa, mi rebus dan ‘chicken chop’,” katanya ketika ditemui semalam.
Sazwani Khairunnisa Shihardi, 30, berasal dari Felcra Lubuk Sireh bersyukur dengan keshadiran pelancong ketika musim cuti.
“Jualan minuman kopi saya bertambah dan mampu mencecah sehingga 100 cawan,” katanya.
.-ZS-