Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Jualan Rahmah Berganda-Ganda!

By 18 November 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah

KANGAR, 18 Nov (Malaysiaaktif) – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis telah menganjurkan Program Jualan Rahmah (PJR) dengan kerjasama Pasar raya jMART selama dua hari di Kangar Jaya, di sini hari ini.

Menurut Penolong Pengurus jMart Kangar Hasmadi Hussin, jMART yang menyertai PJR pada kali ini, akan memberikan manfaat berganda kepada masyarakat.

“Bukan sahaja di Jualan Rahmah dapat membeli dengan harga barang keperluan seperti ayam, telur, beras dengan sangat jimat, namun di sini kami mengadakan cabutan bertuah” katanya.

Sharila Yatim, 55 dari Kampung Kepala 30 Long Boh yang telah beratur seawal pagi bagi mendapatkan barang keperluan PJR pada hari ini telah membeli barang keperluan seperti beras, telur dan ayam.

“Terima kasih kepada kerajaan kerana program sebegini merupakan inisiatif yang baik bagi membantu masyarakat terutama bagi yang berpendapatan rendah,” katanya..

-ZS-

Tinggalkan komen anda