Skip to main content
Berita TempatanSabah

235 Belia Bingkor Bakal Bergelar Usahawan

By 31 Mac 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Oleh: Tseu Chung Yee (Sabah)

KENINGAU, 31 Mac (Malaysiaktif) –?  Yayasan Sabah Zon Pedalaman Utara bersama Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Bingkor komited dalam memberikan galakan  menerusi Seminar Keusahawanan Belia kepada 235 belia untuk terus berusaha menceburi bidang keusahawanan.

Menurut pemimpin pembangunan masyarakat Bingkor Keningau, Kennedy Jie John, untuk bergelar usahawan bukan mudah kerana sesorang perlu melalui jatuh bangun dalam dunia perniagaan.

Tambahnya, belia bumiputera khususnya di kawasan luar bandar amat sukar menerima kegagalan hingga menyebabkan mereka mudah berputus asa untuk meneruskan sesuatu perniagaan yang diusahakan.

“Justeru, melalui seminar ini belia berpeluang untuk berkongsi idea dan mendapat nasihat serta untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya dan seterusnya memberi sumbangan kepada peningkatan ekonomi daerah Keningau khususnya dan Sabah amnya

“Diharap melalui penganjuran ini, belia akan lebih bersemangat serta menjadikan usahawan sebagai salah satu kerjaya seiring dengan objektif seminar untuk memberi suntikan inspirasi melahirkan usahawan berjaya dalam kalangan belia.

Kennedy ditemui semasa merasmikan Program Seminar Keusahawan Belia di Dewan Salingkawang, Pusat Kraftangan Keningau, Isnin lalu.

Tinggalkan komen anda