
Laporan/foto: Mohd. Yusof Hj. Abd. Samad
TANGKAK, 10 Jan (Malaysiaaktif) – Program Agihan Bantuan Lembaga Pelabuhan Johor Daerah Tangkak berjaya menarik kehadiran hampir 130 orang masyarakat tempatan.
Penolong Pengurus Besar Bahagian Khidmat Korporat dan Pembangunan Norazlin Yusof dalam ucapannya berharap bantuan yang diberikan dapat meringankan bebanan kos sara hidup para penerima.
“Sememangnya bantuan yang diberi bukanlah jumlah yang besar namun ia dapat menggambarkan keprihatinan terhadap kesusahan yang dihadapi oleh mereka saat ini.
“Namun begitu, diharap bantuan yang diagihkan kepada mereka dapat digunakan sebaik mungkin dalam menjalani kehidupan seharian,” ujarnya.
Pegawai Daerah Tangkak Tuan Mohd. Farid Kassim yang ditemui, berkata walaupun penerima terdiri daripada kalangan penerima bantuan eKasih namun beliau yakin ianya mampu meringankan bebanan yang dihadapi.
“Penerima harus bijak menguruskan kewangan berkenaan walaupun bantuan yang diterima bukanlah pada jumlah yang besar,” katanya.
-ZS-