Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Tengku Hasanal Berkenan Melawat Kubu Magherita dan Dataran Ibu Pertiwi

By 18 Januari 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norlia Mili/Bolhan Basah (Sarawak)

KUCHING, 18 Jan (Malaysiaaktif) – Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan melawat Kubu Margherita dan Dataran Ibu Pertiwi dalam siri lawatan ke Sarawak, di sini petang semalam.

Setibanya di Kubu Magherita, baginda telah menandatangani buku lawatan dan seterusnya  melawat ruang pameran di dalam kubu lama yang telah dibina pada tahun 1879 oleh Charles Brooke, Raja Sarawak ketika itu.

Kemudiannya, baginda turut telah berkenan melakukan jelajah mesra ke Dataran Ibu Pertiwi yang menempatkan tiang bendera Sarawak setinggi 99 meter iaitu ikon terbaharu di Bandar Raya Kuching.

Ketibaan baginda telah disambut oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg diringi Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian serta Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak yang juga Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda