
Laporan/foto : Yusoffirman/Sh. Nurrul (Temerloh)
TEMERLOH, 19 Jan (Malaysiaaktif) – Penduduk Kg Siput di daerah ini terharu dengan layanan mesra Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika baginda berkenan berangkat ke kampung itu, semalam.
Rata-rata penduduk mengambil peluang hadir untuk melihat dan berjumpa dengan lebih dekat Tuanku Baginda.
Keberangkatan baginda ke kampung itu sempena Majlis Perasmian Titik Tengah Semenanjung Malaysia.
Titah Baginda, “Kawasan ini dilengkapi mercu tanda khas, berpotensi dijadikan lokasi pelancongan pendidikan sekaligus dapat merancakkan sektor pelancongan negeri khususnya Temerloh.”
Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Yang Dipertua Dewan Negeri Pahang Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin dan Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Pahang Leong Yu Man.
-ZS-