
Laporan/foto: Fauziah Abdul Wahab/Nurhidayah Mohamad Zaher (Yan)
YAN, 23 Jan (Malaysiaaktif) – Siri Jelajah PADU yang diadakan seluruh negara anjuran Jabatan Perangkaan Malaysia bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia yang dijadualkan pada 23 dan 24 Januari di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kuala Sala, di sini mendapat sambutan hangat dalam kalangan komuniti setempat daripada pelbagai lapisan umur.
“Kehadiran orang ramai ke PEDi ini membuktikan ramai yang menyambut baik usaha-usaha kerajaan dalam membantu rakyat, kaunter PADU dibuka bagi tujuan membantu masyarakat mendapatkan penjelasan dan seterusnya membuat pengemaskinian maklumat isi rumah dan profil individu di sistem PADU,” kata pegawai di Jabatan Perangkaan Negeri Kedah Azida.
Asma Awang, 64, dari Kampung Permatang Tepi Laut tidak melepaskan peluang hadir bagi mengisi pendaftaran di sistem PADU.
“Proses pengisian maklumat menjadi lebih mudah dengan adanya bantuan daripada mereka yang pakar,” katanya.
Menurut Husin Jusoh, 44, beliau berharap agar Program Jelajah PADU ini dapat dipanjangkan masa pendaftaran dan juga diadakan secara mingguan bagi memudahkan orang ramai membuat pendaftaran.
-ZS-