
Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Anuar Che Amat
KANGAR, 8 Feb (Malaysiaktif) – Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) telah diperkenalkan pada tahun 2021 sebagai usaha untuk mendorong rakyat Malaysia sihat sejahtera melalui pembudayaan hidup sihat dan kelestarian persekitaran yang menyokong hidup sihat.
“Dalam program ANMS ini, menyediakan fasiliti dan perkhidmatan yang komprehensif serta terancang adalah salah satu daripada strategi,” ujar Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni dalam ucapan perasmiannya di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perlis, di sini semalam.
“Justeru, penubuhan Wellness Hub di UTC Perlis ini diharapkan masyarakat melibatkan diri secara aktif melalui program kesihatan, yang dianjur pusat aktiviti Wellness Hub yang dikendalikan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perlis (JKNPs).
“Wellness Hub menggabungkan pelbagai perkhidmatan kesihatan antaranya saringan risiko kesihatan, ujian kecergasan dan program Pengurusan Berat Badan (IFitEr),” katanya.
Menurut Lukanisman pengoperasian pusat tersebut sangat signifikan bagi menjayakan dan menyemarakkan lagi usaha JKNPs dalam mendokong ANMS.
-ZS-