Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

50 Sertai Sunathon Parlimen Sekijang 2024

By 16 Februari 2024Februari 19th, 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Syed Mohd Adib Syed Hassan (Segamat)

SEGAMAT, 16 Feb (Malaysiaaktif) – Seramai 50 orang peserta seawal usia lima hingga 12 tahun telah menyertai Program Sunathon Parlimen Sekijang 2024 di Perkarangan Masjid Bandar Putra, di sini pagi semalam.

Antara objektif program adalah mempromosikan amalan berkhatan yang merupakan sunah mulia dalam agama Islam yang tidak hanya memberi faedah kepada kesihatan fizikal tetapi juga membawa barakah dan keberkatan kepada individu yang melakukannya.

“Dalam keghairahan anak-anak berkhatan, sebagai ibu bapa janganlah kita lupa tanggungjawab dalam mendidik anak-anak menjadi anak yang soleh serta menjalani kehidupan Islam yang berkualiti demi generasi berakhlak yang dapat membawa nama Islam.

“Di samping itu, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan program ini, termasuk para sukarelawan, penceramah dan pihak perubatan yang menyediakan bantuan serta sokongan,” kata Pengerusi Masjid Bandar Putra Malek Ramli.

Pelbagai agensi kerajaan turut menjayakan program ini antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Pejabat Penerangan, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Perangkaan, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Jawatankuasa Masjid Bandar Putra dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Wadas.

Turur hadir Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Sekijang Ubaidillah Harith Shahrin, Jurutera Jabatan Kerja Raya Segamat Ir Nor Salihen Razak, Pegawai Penerangan Daerah Segamat Nor Sofian Abdul Manan, Penghulu Kanan Pejabat Daerah Segamat Nor Rafizan Abd Rahman dan wakil Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat Inspektor Ali Ameer Razali.

-ZS-

Tinggalkan komen anda