
Laporan/foto: Marianne Inya Thomas/Cassidy Lisut (Sarawak)
KUCHING 3 Mac (MalaysiaAktif) – Kapal Peronda Luar Pesisir Pertama (OPV1) Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM) Sarawak telah diberikan nama KM Tun Fatimah.
Nama ‘Tun Fatimah’ telah dipilih berdasarkan sifat keberanian srikandi wanita tersebut dan telah disempurnakan oleh Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, isteri Perdana Menteri di sini, semalam.
“OPV1 mula dibina pada tahun 2017 ini adalah buatan tempatan, kapal ini berkeupayaan melakukan operasi di laut selama 21 hari tanpa ulang bekal dan mampu buat pengawasan jarak jauh sehingga ke kawasan Zon Ekonomi Ekslusif (ZEE),” kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
“Kerajaan ambil langkah segera dengan memastikan aset APMM ini dapat disiapkan agar dapat melaksanakan pengawasan, pemantauan dan penguatkuasaan di Zon Ekonomi Ekslusif negara dan telah melakukan pelayaran sulung dengan melaksanakan operasi ke Laut China Selatan,” kata Saifuddin lagi.
Penamaan kapal melibatkan lady sponser atau wanita yang dipilih yang terdiri daripada kalangan isteri kenamaan negara seperti isteri kepada Perdana Menteri, Menteri Pertahanan, kerabat Diraja atau Sultan merupakan tradisi bagi pasukan keselamatan di laut atau sejak Royal Navy mula ditubuhkan di negara ini.
-ZS-